Friday, 1 March 2019

Al-Imran Ayat 111

4.3.111
Juz:
4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 111:
.
 
Ringkasan tafsir;
Ayat ini diturunkan kerana ketua-ketua Yahudi di Madinah telah menganggu orang-orang daripada kalangan mereka yang memeluk Islam. Maksud ayat ini ialah; orang-orang yang fasik itu tidak akan dapat menganiaya dan tidak mendatangkan mudarat kepada kamu, hanyalah sedikit sahaja.

Apabila mereka diajak berperang bersama untuk berjuang dimedan peperangan, mereka akan melarikan diri lalu menyerah kalah. Mereka itu tidak akan mendapat pertolongan selagi mereka itu dalam kefasikan.

Disini ada 3 kegembiraan perkhabaran dari langit untuk Mukmin;
1. ganguan musuh tidak akan menjejaskan umat Islam.
2. mereka menentang umat Islam di medan perang, lalu mereka undur mengaku kalah.
3. mereka tidak mendapat pertolongan.

(lihat juga ayat 7 surah Muhammad).

.

[previous] [next] [home]



.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
4, Surah3
Terjemahan,
111~120,
[GS] https://sites.google.com/site/tammpajsite/8/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      



Saturday, 2 July 2016

Surah Al-Baqarah (137~138)



Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 137:
Ringkasan tafsir
Lanjutan dari 1.2.136 diatas, maka jika mereka beriman seperti orang Mukminin nascaya mereka mendapat petunjuk, tetapi sekiranya mereka berpaling maka akan berpecah dan berbalah. Dan orang Islam akan dipelihara oleh Allah.

Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 138:
Ringkasan tafsir;
Bersambung dari ayat 1.2.137, kami telah beriman telah mendapat celupan agama Allah, iaitu celupan yang amat baik tak ada bandingan nya celupan yang tidak akan luntur selamanya walau pun dimakan zaman, walau pun berlaku pelbgai perubahan, namun kami tetap mengabadikan diri kepada Allah.  






.